Weblog Husam Musa I Kelantan

Naib Presiden PAS yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat Negeri Kelantan, pernah menjadi Anggota Parlimen Kubang Kerian dan kini adalah ADUN Kijang, Kelantan.


Armalah dapat peruntukan RM5 juta tahun depan

KOTA BHARU, 17 Okt (Hrkh) – Menyedari kesempitan hidup yang terpaksa ditanggung golongan armalah (ibu tunggal), kerajaan negeri rasa terpanggil bagi memikul tanggungjawab itu dengan menambah lagi jumlah peruntukan untuk mereka.
Tahun hadapan peruntukan khas kepada armalah akan ditambah menjadi RM5 juta, berbanding RM3 juta yang disediakan sekarang.


Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat, Dato’ Husam Musa berkata, peruntukan itu ditambah memandangkan berlaku peningkatan jumlah armalah.

“Di samping itu juga kita bercadang menambahkan sedikit jumlah sumbangan yang diberi kepada setiap armalah,” katanya ketika ditemui selepas penyampaian sumbangan Aidilfitri kepada 670 penduduk miskin dari Dun Kijang di Balai Armalah dekat sini.

Menurutnya, golongan armalah dan anak-anak yatim di Dun Kijang mendapat peruntukan sebanyak RM180,000 tahun ini yang diagihkan sejak awal Ramadan lagi dan kali terakhir Sabtu ini.


Husam juga berkata, kakitangan kerajaan negeri turut mendapat cuti umum pada 26 Oktober ini iaitu selaras dengan keputusan dibuat di peringkat Pusat.

1 Responses to “Armalah dapat peruntukan RM5 juta tahun depan”

  1. # Blogger priyandeka

    Syabas Dato' Husam Musa. Sememangnya kaum armalah amat amat wajar dibantu demi maruah, kehidupan, penjagaan anak-anak, penerusan hidup tidak terabai dan berbagai lagi. Kita pernah terdengar cerita-cerita bagaimana kaum armalah tidak mendapat pembelaan,meminta bantuan tetapi dimaki hamun, diherdek, dibentak-bentak dan berbagai lagi. Peluang ini diambil oleh pihak lain bagi membela mereka, maka terjerumuslah kaum armalah ini kelembah penukaran agama (yang ramainya Islamlah), maksiat (menjadi pelacur) dan berbagai gejala yang tidak sihat lagi. Semua ini adalah sebahagian besarnya yang mempunyai anak-anak yang masih kecil, masih bersekolah tetapi perlukan keperluan asasi untuk penerusan sebuah kehidupan juga masa depan.Siapa yang akan dipersalahkan? sedangkan Islam telah menetapkan bahawa "ar rijaa luqawwaa munnisa'". Selain daripada bantuan kewangan serta kemudahan-kemudahan lain yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Kelantan, saya juga mengesyorkan supaya kerajaan negeri memberi galakan kepada para lelaki yang tidak berkahwin (tetapi dah lanjut usia) supaya mengambil peluang ini untuk bertemu jodoh. Atas rasa tanggungjawab sebenar ingin membina sebuah kehidupan berumahtangga, maka adalah wajar sekali usaha seumpama ini dijadikan contoh kepada negeri-negeri lain.  

Post a Comment


Web This Blog


XML

Powered by 

Blogger



© 2006 Weblog Husam Musa I Kelantan | Theme this blog by Langkap Online.
Segalanya adalah hak milik yang hakiki kepada ALLAH SWT. Writen by Husam Musa
Dapatkan info tepat Info Tepat Anda | Segalanya bermula disinitvPAS.com